Monday 4 January 2021

Angry Bird Activity Park Johor Bharu DEC 2020




Assalamualaikum ♥

Angry Bird Activity Park Johor Bharu 

Trip kali ni kami semua ke daerah hujung johor, tak pernah sampai pun. Kita redah je. 😊

Sebelum tu kami singgah ke rumah maklong di parit betong, ziarah pusara atok hj ahmad, rumahnya dan sarapan di warung atap hijau. Pagi2 dah ada mee rebus di parit sulong. Slups! Terbaikkk




buat kenangan 



Perjalanan 2 jam dari Batu Pahat, setibanya kami di bandar JB kami terus ke Angry Bird Activity Park. Terletak di dalam menara Komtar JB.
Kami dah siap beli tiket online. Jadinya sampai terus ke kaunter untuk redeem tiket dan ambil stokin. Harga tiket dewasa RM 25 kanak2 RM 35.  boleh usha harga tiket dekat link ni https://www.angrybirdsjohorbahru.my/

Dua bidadari tu la insan paling seronok sekali. 😄
Keadaan di dalam tak ramai, pengurusan Angry Bird Activity Park sangat limitkan tetamu yang hadir.


cik kilah

anak dah ready!

trek untuk dewasa pun ada, agak2 jugak kalau badan besar tak lepas tu, eh kata orang ke? takk takkk kata diri sendiri hahahaaa kita tak muat jugak kiki


mama rehat dan jaga cucu jap


paling teruja!


Main la sepuas puasnya. Ibu pun join sama! Ada cafe di situ, dah penat main, mestilah laparkan. Harga makanan sangat berpatutan. Makan untuk lapik perut.

sempat jugak!

ni diaaaa team kami!

stokin comel! memang akan dapat lepas redem tiket

famliy cik kilah
                                                                                                                            

                                                                  sempat lagi 

                                                                 basirah super duper ohsem!

                                                                              alas perut

                                                               puas main jadinya kelaparan ;)


ibu pun main!

Bagi korang yang ada anak2 kecil, boleh la cuba pergi ke sini. Indoor aktiviti pun berpeluh. Fuhh. Puas hati. 🤗. Anak seronok, ibu ayah gembira.



family kecilku 

Trip kali ni dalam perintah kawalan pergerakkan bersyarat. semuanya jaga SOP. Sekian perkongsian kali ni. Moga bermanfaat 





,

Sunday 3 February 2019

Insan - insan hebat di Andorra Hospital

Assalamualaikum ♥
Alhamdulillah syukur, atas nikmat yang Allah bagi hari ni.
Hari ini rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman yang indah di Andorra Hospital. 
Insan pertama ialah Doctor Lily Fariza


Ibu nak doakan seluruh doktor yang berkhidmat untuk masyarakat dan kerana Allah di murahkan rezeki dan di rahmati Allah hendaknya. 

Syukur di temukan dengan doctor yang baik, memberi nasihat kepada pesakit, menyantuni staf stafnya dengan baik

Umur doctor lily sebaya abah ibu, lumrah seorang doctor masanya banyak di hospital, Terima Kasih doctor dan team Andorra kerana telah menginfakkan diri untuk wanita. Moga Allah membalasnya dengan sebaik balasan di dunia dan di akhirat❤❤❤

Insan ke dua
Makyam.

Salah satu keistimewaan Andorra, pihak hospital sediakan seorang perunding penyusuan. mula- mula makyam datang rasa pelik, siapa pulak mak bidan ni. hee. rupanya tugas dia adalah memberi maklumat dan ilmu kepada ibu- ibu yang nak bersalin untuk memulakan penyusuan secara eksklusif. selain itu makyam jugak akan bacakan doa untuk mudah bersalin dan bacakan doa anak yang soleh dan solehah. rasa tenang je. 

Selesai bersalin basirah esoknya dia meronda lagi dan check susu ibu keluar ke tidak, kalau tak ada dia akan bantu ibu- ibu untuk menyusukan anak buat kali pertama. Alhamdulillah, pengalaman menyusukan hawa yang lalu membantu ibu untuk menyusukan Basirah buat kali pertama.  

Tengok gaya makyam agak- agak berapa umur dia? hehe. sihat lagi bertenanga tau makyam ni. Mak yam ada cakap, kalau Allah nak ambik nyawa makyam, biarlah dalam makyam dalam keadaan makyam melalukan ibadat. Amin!  


Yang seterusnya jururawat dan staf - staf Andorra bermula dari sambut depan pintu sampai keluar wad. Syukur alhamdulillah. layanan yang sangat baik. Saya doakan bakal ibu - ibu yang nak bersalin dan berkempuan lebih, saya cadangkan pilihlah Andorra Hospital. 
 Ucapan Terima Kasih juga kepada suami tercinta kerana memberi peluang untuk isterinya bersalin di sini. Tq Hubs!❤

SEKIAN. 
Moga entri kali ini memberi manfaat kepada anda yang membacanya. 

XOXO
IBU HAWA & BASIRAH