ni antara bahan yang bantu aku untuk terus menyusukan hawa . ^_^
BUKU : MUDAHNYA MENYUSU
Buku ni sangat membantu aku yang kurang ilmu ni. Mula - mula baca dah buat aku jatuh cinta terhadap penyusuan. Bagi pendapat aku, setiap ibuyang dah pasang niat nak menyusukan anak mereka perlu ada ilmu untuk terus istiqomah menyusukan bayi. Disamping tu pengalaman ibu2 lain perlu jugak sebagai rujukan,
COVER NURSING
Cover ni benda pertama aku beli masa dalam pantang. antara sebabnya suami yang suruh beli, senang nak menyusu di mana saja anda berada, Tapi bagi aku kalau ada tempat penyusuan yang khas, cth bilik menyusu aku akan pilih menyusu kat dalam tu je. Mudah,
PUMP : MALISH MANGO
Info kepada mummy sekalian, sebelum beli pump di galakkan untuk test dulu pump tersebut, takut nanti tak selesa... so rugi.... aku cadangkan beli di Pump On The Go . Agak susah jugak nak cari kedai yang boleh test dlu sebelum beli ni, so korang boleh la cuba.. Malish Maggo buatkan aku teruja utk mula mengepump. Sebelum balik keje, aku ambik masa dlm 10 minit untuk pump, Aku tak guna plug, tapi aku guna power bank. hehe.. duduk je kat cerok mana - mana dan pump.Masa aku pregy, ak tak terdetik pun nak beli pump ni, aku ingat nak perah sendiri je, tapi tekaan aku meleset, aku kena jugak beli pump. antara sebabnya adalah aku kena kerja dan ambik masa lama jugak nak perah kalau guna manual, lebih baik aku cari pump elekrik dan mudahkan aku berkerja dan terbelilah Malish tu,
COKLAT
Antara kelebihan MOMS COKLAT adalah menambahkan susu badan. Pertama kali aku rasa coklat yang ada habatussauda. haha. Menarik dan berkhasiat. dalam kotak ni ada 8 bijik je, harga dalam rm35.. aku beli pun sebab nak rasa, heheeee.. ada sesetengah mummy coklat boleh jadi milikboster, makan coklat je susu bertambah seronok betol, tapi kena beringat la takut berat badan naik mendadak. kiki
BANTAL PENYUSUAN
Bantal ni sangat membantu, tiap kali nak menyusu aku akan cari "bantal U". Badan pun tak lenguh, tangan pun tak penat nak tampung baby. aku cadangkan beli yang ori kekabu ye, jangan beli yang kapas, kejap je sadonya.. pakai lama - lama nanti nipis.. keunikan bantal ni, satu family aku nak cuba. haha. cuba letak kat perut pastu main phone.. sila la bayangkan sendiri. hehehe
Ni saja perkongsian aku kali ni, harap- harap dapat membantu mummy yang tengah nak cari ilmu mengenai penyusuan. Moga usaha kita untuk menyusukan zuriat kita selama dua tahun diberkati dan dipermudahkan oleh yang Esa. amin!
SEMANGAT YA MUMMY, IBU, UMMI, MAK, MAMA! Anda mampu!
Salam Sayang Dari Saya Ibu Hawa.