Friday, 1 January 2016

TAHUN 2016

Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah, Allah izinkan lagi korang untuk membaca perkongsiaan aku kali ni, Curi curi masa jugak ni untuk meng update blog, hehee, 

Cakap pasal tahun baru, mesti korang semua ada azamkan, AZAM, Seingat aku masa 2015 aku tak ada azam , tapi berbeza tahun 2016 . heheee. aku nak letak taget 2016, Moga Allah perkenankan. AMIN!

Taget pertama, ingin memajukan diri, cuba benda baharu yang boleh menambahkan pendapatan. jujur aku katakan bahawa taraf pendapatan di kl ni bukan rendah, semua benda boleh dikatakan memerlukan duit.  Masuk tandas pun dan naik harga, DULU, 20 sen sekerang dah 30 sen, sedihhhh~!
Taget aku nak belajar buat kek dan jual. heheeee.. 

Taget kedua, mohon Allah sihatkan tubuh badan ini, kalau nak berjaya mestila kena sihat tubuh badankan, kalau sakit tak sampaila taget kite.., moto aku, "sihat tubuh badan, amal ibadat bereh boh." 

Taget terakhir, Moga ALLAH izikan aku dan kalian semua menjadi khalifah yang berjaya di dunia dam akhirat, Moga di dunia berjaya menjadi anak yang solehah kepada mama n abah, isteri yang taat kepada suami, ibu yang tabah kepada bidadari kecil ku Nur Hawa Farhani. AMIN!



ITU diaaaa. Moga taget dan azam yang aku pacakakan hari ni menjadi kenyataan.. Biiznillah. 

Salam Sayang dari Ibu Hawa. LOVE. 



Wednesday, 16 December 2015

Penyusuan Secara Eklusif

Assalamualaikum ♥
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Entries kali ni aku dahulukan dengan ayat Al- Quran, Surah Al- Baqarah ( 2 ; 233 ) 

" dan ibu - ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang ingin menyempurnakan penyusuan itu ..."

Bagi aku yang baru bergelar ibu, banyak benda yang aku kena belajar mengenai ilmu penyusuan. Lagi - lagi Allah s.w.t telah menyuruh hambanya untuk menyusukan zuriat mereka selama dua tahun. Sejujurnya ada wanita yang tidak berpeluang menyusukan anak mereka secara eklusif , Mungkin ada sebab - sebab tertentu. Tetapi ada jugak yang berpeluang menyusukan anak mereka selama dua tahun, Peluang tu sangat bermakna bagi seorang ibu. (itulah impian aku, semoga ALLAH memakbulkan.)
Penyusuan bukan saja memberi susu kepada baby supaya kenyang dan tak menagis lagi, malah ia pengikat kasih antara ibu dan anak. Emosi baby pun lebih stabil dan tenang. Pengalaman aku sendiri menyusukan hawa, balik dari kerja je, terus cari hawa dan bawa die ke pangkuan aku then terus menyusu, riak wajah hawa ibarat nak dia nak cerita apa yang die buat selama aku pergi kerja. Bahagianya rasa....
Menurut bacaan aku, susu ibu mempunyai sel hidup yang mana semua susu formula dalam dunia ni tak ada keistimewaan tersebut. Hebatkan ALLAH. Antara tips utama memulakan penyusuan adalah Yakin & Percaya. Aku pernah menghadapiSITUASI " kenapa hawa menagis tu? susu tak cukup kot" ..haaaaaa... bila dah ada orang cakap " susu tak cukup" semangat aku mula down. Nak marah balik pun tak guna, aku diamkan je..
Apa yang aku buat adalah cakap dengan diri sendiri "susu banyak dan sentiasa cukup untuk hawa" 
Mind set kena kuat bagi setiap ibu yang menyusu, kalau otak kita dah set, susu tak ada.. jangan tanya kenapa laaa kalau susu betul - betul tak ada.

ni antara bahan yang bantu aku untuk terus menyusukan hawa . ^_^

BUKU : MUDAHNYA MENYUSU
Buku ni sangat membantu aku yang kurang ilmu ni. Mula - mula baca dah buat aku jatuh cinta terhadap penyusuan. Bagi pendapat aku, setiap ibuyang dah pasang niat nak menyusukan anak mereka perlu ada ilmu untuk terus istiqomah menyusukan bayi. Disamping tu pengalaman ibu2 lain perlu jugak sebagai rujukan,

COVER NURSING
Cover ni benda pertama aku beli masa dalam pantang. antara sebabnya suami yang suruh beli, senang nak menyusu di mana saja anda berada, Tapi bagi aku kalau ada tempat penyusuan yang khas, cth bilik menyusu aku akan pilih menyusu kat dalam tu je. Mudah,

PUMP : MALISH MANGO
Info kepada mummy sekalian, sebelum beli pump di galakkan untuk test dulu pump tersebut, takut nanti tak selesa... so rugi.... aku cadangkan beli di Pump On The Go . Agak susah jugak nak cari kedai yang boleh test dlu sebelum beli ni, so korang boleh la cuba.. Malish Maggo buatkan aku teruja utk mula mengepump. Sebelum balik keje, aku ambik masa dlm 10 minit untuk pump, Aku tak guna plug, tapi aku guna power bank. hehe.. duduk je kat cerok mana - mana dan pump.Masa aku pregy, ak tak terdetik pun nak beli pump ni, aku ingat nak perah sendiri je, tapi tekaan aku meleset, aku kena jugak beli pump. antara sebabnya adalah aku kena kerja dan ambik masa lama jugak nak perah kalau guna manual, lebih baik aku cari pump elekrik dan mudahkan aku berkerja dan terbelilah Malish tu, 

COKLAT 
Antara kelebihan MOMS COKLAT adalah menambahkan susu badan. Pertama kali aku rasa coklat yang ada habatussauda. haha. Menarik dan berkhasiat. dalam kotak ni ada 8 bijik je, harga dalam rm35.. aku beli pun sebab nak rasa, heheeee.. ada sesetengah mummy coklat boleh jadi milikboster, makan coklat je susu bertambah seronok betol, tapi kena beringat la takut berat badan naik mendadak. kiki

BANTAL PENYUSUAN
Bantal ni sangat membantu, tiap kali nak menyusu aku akan cari "bantal U". Badan pun tak lenguh, tangan pun tak penat nak tampung baby. aku cadangkan beli yang ori kekabu ye, jangan beli yang kapas, kejap je sadonya.. pakai lama - lama nanti nipis.. keunikan bantal ni, satu family aku nak cuba. haha. cuba letak kat perut pastu main phone.. sila la bayangkan sendiri. hehehe

Ni saja perkongsian aku kali ni, harap- harap dapat membantu mummy yang tengah nak cari ilmu mengenai penyusuan. Moga usaha kita untuk menyusukan zuriat kita selama dua tahun diberkati dan dipermudahkan oleh yang Esa. amin! 

SEMANGAT YA MUMMY, IBU, UMMI, MAK, MAMA! Anda mampu! 

Salam Sayang Dari Saya Ibu Hawa.