Tuesday, 2 August 2016

Sesi Cuci Blog Yang Berhabuk

Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah, ada kesempatan masa untuk ak share something di sini. Sebelum terlambat, SELAMAT HARI RAYA SEMUAA. Hari ni, 29 SYAWAL,dah hujung- hujung ye baru nak wish. hehee

Andai aku belum berkahwin..... eceh2.. itulah perkongsian aku kali ini.Bila mengenangkan balik andai aku belum berkahwin, mungkin sekarang aku tengah berkerja keras untuk kumpul duit, hasil dari duit itu perkara pertama yang aku akan buat ialah travel. 

Masa aku study dulu, aku tak terdedah lagi dengan dunia travel ni, tapi bila dah kahwin baru aku nampak sikit- sikit orang perempuan pergi travel. Siap buat buku lagi. #sungguhterinpirasi


Ni antara buku yang telah di tulis oleh ET,  aku yang baca review dan dengar perkongsian dia di MHI TV3 teruja dengan kisah dia yang pergi travel secara solo ke negara yang jarang dilawati orang. FUH. Dasyatkan. 

Bagi aku sendiri, travel adalah masa untuk mencari diri sendiri dan melihat ciptaan yang Maha Esa. Wahai kawan - kawan semua, banyak benda yang ALLAH ciptakan dalam dunia ini, yang kIta sendiri belum berpeluang untuk melihat dan merasainya, 

So korang semua, andai ada masa dan ruang pergilah mengembara melihat dunia. Moga- moga aku dan family dapat pergi travel bersama- sama, paling best bawak anak - anak. Ameen. #MogaAllahizinkan

Salam Travel dari sSaya. LOVE!




Monday, 9 May 2016

BABY SPA DI JUSCO SHAH ALAM

Assalamualaikum ♥

Berhabuk dah port usang aku ni, maaf ye semua. Tapi hari ni, aku nak share something yang mungkin  boleh membantu para ibu yang lain.

SPA BABY DI JUSCO SHAH ALAM 

Yup, tajuk hari ni, spa baby di jusco shah alam, alaa yang baru bukak tu, dekat dengan studium shah alam tu. jangan lupa singgah singgah ye. :)


Sebab terlalu teruja, aku terlupa nak ambik gmba bilik hawa berspaaaaa.. hehe. pakej yang aku ambik kali ni adalah, "baby flod" sahaja. So jumlah semuanya  BABY FLOAT+ PRIVATE ROOM = RM 45.Sesuai sangatla dengan bajet ibu. hehe.

Yang tengah pegang hawa tu sis Aqilah, dialah orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan hawa dalam tempoh 30 minit. 

Sebelum hawa dimasukkan dalam kolam, hawa di urut dulu supaya hawa tak kejang dalam kolam nti, selesai urut - urut barulah hawa di masukkan dalam kolam. Jom Mandi!




Pelempung pertama, apa yang aku dapat tengok hawa takut - takut dan dalam masa yang sama dia seronok. hehe. aku pon teruja tengok awak . Untuk maklumat ibu -ibu di luar sana, air yang ada dalam tu tak sejuk macam air paip kat  dapur tu, air yang ada dalam kolam tu SUAM :) so jangan risau ye bonda- bonda.. 


Pelampung kedua, haha ini kerana atok hawa kesian tengok leher cucunya ade pelambung abah mintak kat sis Aqilah utk tukar pelambung, pelambung pink ni utk budak yang dah setahun ++ tapi abah nak jugak, so hawa pon pakai laa. ni hasil nya..  



Inilah secebis cerita aku masa di hujung minggu. So kepada ibu- ibu, kalau ada hajat nak baby anda ke spa, call dan buat temujanji ye . Baiklah itu sahaja perkongsian aku kali ini, LOVE .