Wednesday, 1 August 2018

CABARAN HAMIL KALI KEDUA 2018

Assalamualaikum ♥
Bismillah, Alhamdulillah. lama x update blog tahu- tahu dah pregy anak kedua. heee
syukur kepada tuhan yang maha kaya dengan rahmatnya. Syukur. Aku di sahkan pregy pada usia 26 tahun. Anak yang ke dua. 
ALLAH, 26 tahun dah?? kiki 
Pertama kalinya pregy kali ni aku dan suami memang merancang. Cukup umur Hawa 3 tahun hawa boleh ada adik. Teringat kata- kata suami  kalau hawa nak ada adik, hawa kena faham arahan. heee. Agak sukar jugak kalau masih Hawa kecik lagi, tiba- tiba dapat adikkkk si kakaknya masih tak faham arahan lagi. so macam tulah perancangan kami suami isteri. 
Dalam bulan oktober 2017 aku disahkan pregy kali kedua dan insyallah moga allah izinkan aku akan bersalin pada 28.6.2018 . datenya dua minggu lepas raya dan puasa. Moga Allah mudahkan segalanya
#doakan saya
Pengalaman melahirkan hawa dulu  overdue dlm 10 hari. tu pon sebab aku lupa hari last period aku. tu yg doc x dpt tarikh sepatutnya. tapi  syukur alhamdulillah. anak ibu lahir 31.08.2015 heee. masin mulut si ibu ni. org tanya bila due ibu jawab "hujung bulan nak jadi anak merdeka kot" nahhh allah  bagi. lahir pada tarikh tu. ^_^
itu pengalaman melahirkan hawa. 
tapi kali ni jauh bezanya.
betullah orang cakap setiap kali mengandung lain - lain cabaranya. 
cabaran pregy kali ni fizikal dan mental kena kuat. no no kena lebih kuat!
Fizikal.
badan kena kuat sebab kita kena handle anak pertama, handle si ayah, keperluan rumah dan tuntutan kerja. 
alhamduillah si kakak hawa boleh faham arahan, allah anugerahkan anak ibu ni aktif dan bersemangat. Masuk 5 bulan prgy ibu x boleh nak dukung hawa dah. Badan dia padat!  Hehe
Pada mula prgy lain dari pregy yg hawa muntah2 smpai 4 bulan. Lambat makan je. Muntah. Allahu. Sampai suami pon risau. 
Mental. 
Sebagai seorang ibu yang berkerja. Mental kena kuat. Nak pulak aku baru kena tukar tempat mengajar. Sangat mencabar. Semangat nak keja tu down dlm masa yang sama kite kena jaga diri supaya jgn terlalu stress. 
Dlm trimester 1 dan 2 nagis dan aku berpisah tiada. Kiki . Emosi senang sangat tersentuh. Tengok cerita kat tv pon boleh nagis. 
Suami tersalah nadaa cakap pon boleh nagis. ^_^' adoi. 
Hormon ibu mengandungkan sangat berbeza dari pregy yang lepas. So andai ade ayah2 yang membaca. Maafkan isterimu kerana kelakuan begitu. 

Gitulah pengalaman aku pregy kali kedua. Rasa tak sabar nak tgu dia keluar. 

Docter Lily pesan. Kalau nak baby keluar 38,39 minggu setkan dalam otak yang kita akan bersalin tarikh tu.  So aku dah set dlm minda yg aku nk bersalin 21.6. 2018. 

Moga Allah makbulkan doa ibu. 

XoXo.  

Pesanan. Ibu2 yang baca post kali ni. Tolong setkan dalam minda bahawaaanya *aku kuat* insyaAllah segala urusan anak2 dipermudahkan Allah. 

Tq untuk masa korang baca entri kali ni. Next aku akan update pengalaman bersalin pulak. 

Bye! 

Tuesday, 3 October 2017

2 Hari 1 Malam di The Pines Melaka melalui booking.com

Assalamualaikum ♥
Fuh2. Lap sikit habuk kat blog. Hee. Sihat ke semuanya? Alhamdulillah, masih bernafas lagi. 
Nak update blog ni rupanya kena ade mood yg tersendiri baru rajin. Kalau paksa tak jadi jugak. 
Alhamdulillah. Hari ni mood tu dah ada so boleh la aku buat perkongsian mengenai Percutian 2Hari 1 Malam di The Pines Melaka. 
Utk maklumat aku booking hotel ni melalui booking.com . Aku booking 1 bulan sebelum tarikh. Nampak punya terujanya. Haha. 
Sebelum tarikh kejadian macam - macam benda benda jadi sampai masa nak cancel booking. Siap call The Pines tnya mcm mne nak cancel. 
"Pembatalan boleh dibuat sebelum 3 hari check in, kalau selepas 3 hari pihak booking.com boleh potong duit dlm akaun bank cik" 
*masa aku call dah dekat sgt ngan tarikh check in. Pastu masa daftar booking.com stiap penguna dia mesti letak number bankkan. So nak tak nak aku n suami pergi la jugak dari duit kena potong mcm tu je. 
Utk penguna tegar booking.com, trevago, trivaloka dan lain2 mesti tahu dan jelas pasal pembayaran bilikkan. Pengalaman aku dulu harga bilik yg booking.com bagi lain. Dan sampai sana harganya jadi lain sikit. Huhu. Lagi terkejut bila sampai sana pihak hotel suruh bayar deposit RM 50. *masa check out nanti pihak hotel pulangkan semua. Relex ye*
view dari tingkat atas, CANTIK .. dapat tgk sg melaka. 


Nah kali ni kami belanjakan bilik hotel.







Oky nanti aku kongsikan lagi view THE PINES. 

xoxo