Sunday, 3 February 2019

Insan - insan hebat di Andorra Hospital

Assalamualaikum ♥
Alhamdulillah syukur, atas nikmat yang Allah bagi hari ni.
Hari ini rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman yang indah di Andorra Hospital. 
Insan pertama ialah Doctor Lily Fariza


Ibu nak doakan seluruh doktor yang berkhidmat untuk masyarakat dan kerana Allah di murahkan rezeki dan di rahmati Allah hendaknya. 

Syukur di temukan dengan doctor yang baik, memberi nasihat kepada pesakit, menyantuni staf stafnya dengan baik

Umur doctor lily sebaya abah ibu, lumrah seorang doctor masanya banyak di hospital, Terima Kasih doctor dan team Andorra kerana telah menginfakkan diri untuk wanita. Moga Allah membalasnya dengan sebaik balasan di dunia dan di akhirat❤❤❤

Insan ke dua
Makyam.

Salah satu keistimewaan Andorra, pihak hospital sediakan seorang perunding penyusuan. mula- mula makyam datang rasa pelik, siapa pulak mak bidan ni. hee. rupanya tugas dia adalah memberi maklumat dan ilmu kepada ibu- ibu yang nak bersalin untuk memulakan penyusuan secara eksklusif. selain itu makyam jugak akan bacakan doa untuk mudah bersalin dan bacakan doa anak yang soleh dan solehah. rasa tenang je. 

Selesai bersalin basirah esoknya dia meronda lagi dan check susu ibu keluar ke tidak, kalau tak ada dia akan bantu ibu- ibu untuk menyusukan anak buat kali pertama. Alhamdulillah, pengalaman menyusukan hawa yang lalu membantu ibu untuk menyusukan Basirah buat kali pertama.  

Tengok gaya makyam agak- agak berapa umur dia? hehe. sihat lagi bertenanga tau makyam ni. Mak yam ada cakap, kalau Allah nak ambik nyawa makyam, biarlah dalam makyam dalam keadaan makyam melalukan ibadat. Amin!  


Yang seterusnya jururawat dan staf - staf Andorra bermula dari sambut depan pintu sampai keluar wad. Syukur alhamdulillah. layanan yang sangat baik. Saya doakan bakal ibu - ibu yang nak bersalin dan berkempuan lebih, saya cadangkan pilihlah Andorra Hospital. 
 Ucapan Terima Kasih juga kepada suami tercinta kerana memberi peluang untuk isterinya bersalin di sini. Tq Hubs!❤

SEKIAN. 
Moga entri kali ini memberi manfaat kepada anda yang membacanya. 

XOXO
IBU HAWA & BASIRAH

Thursday, 15 November 2018

BESALIN DI ANDORRA PART 2

Assalamualaikum ♥
Alhamdulillah. Terima Kasih kerana follow lagi perkongsian aku kali ni. 
Sambungan selepas kena masuk ubat utk keluarkan najis bagi mudahkan bersalin.
Sebelum kena tolak le labor room, ibu solat zohor dulu mintak dekat Allah supaya proses bersalin kali ni dipermudahkan dan kurang jahitan! Amin. 
 Dah selesai semua dekat wad. Ibu kena tolak ke labor room nebes betul la. Labor room Andorra...



Dalam LB. Suami boleh solat dgn selesanya, ada di sediakan toilet sekali. 
Hospital ada sediakan kurma dan air zam zam untuk tahnikkan baby. ❤. 
Next hospital ada sediakan kudap kudap untuk ibu yang tak ade tenaga. Kudap kudapnya gini
Ibu mintak dua bekas. Haha sebabnya ibu tak lunch lagi. Tu lapar,  pastu nak bersalin tak ade tenaga bila nuse bagi sungguh sungguh la ibu makan. 
Ni kurma utk tahnikkan baby, ayah orang pertama yang tahnikkan Nur Basirah.
Pukul 5 dah mula sakit sikit doc dah pecahkan air ketumban. Rasa sangat air yang sentiasa lindungi anak ibu di alam rahim dah keluar dan masa itu otak dah mula bersedia untuk proses kelahiran. 
Bismillah. Sakit kontraksi dah mula ke tahap tak boleh nak tahan. Suami sentiasa di sebelah, zikir, surah mariam, doa dan bergurau. 😂. Sabar je lah ibu. Tapi itu cara dia untuk tenangkan isteri yang  mengadu kesakitan. TQ SYG!
Dalam proses nak tunggu bukaan tu, doc Lily tak stay kat LB, dia kat klinik untuk rawat ibu- ibu lain. Paling ibu rasa terharu, hari khamis tu dia puasa sunat. Bayangkan ada dua ibu nak bersalin masa tu. Aku dan bilik sebelah. Nurse kata doc sempat minum air je tadi. Allahu. Moga Allah merahmati docter Lily! 
Sampai masa 7 30 malam, masih lagi 8 cm. Ayah cakap dekat baby, keluarlah syg. Ibu nak jumpa awak ni. Pujuk dan pujuk. Selepas isyak 9.09 bidadari ibu yang kedua selamat di keluarkan dari rahim ibu. Alhamdulillah! 

Terima kasih Ya Allah. Semua proses potong taki pusat, bersih baby, siapkan baby di lakukan dalam LB. Ibu masa tu kena jahit pula. Cabaran kali ni mujur jahitan tak banyak. Macam hawa dulu banyak kena jahit. 
Akhirnya, selesai proses di LB, mama dan adik dah stanby kat wad, tunggu ibu transfer. hawa pun tunggu ibu. tapi ibu lambat turun ke wad, waktu melawat pun dah habis so esok mama datang balik
 
Sampai je kat wad ada makanan ya ALLAH nikmatnya tapi masa ni ibu penat sangat ayah yang suap untuk ibu. Ibu tahu ayah pun lapar. bayangkan dari pkul 1 ayah tak makan nasi, ayah minum je smpai pukul 10 malam baru nak makan. Kesian ayah.
 
Peneman ibu, 
IBU & AYAH NUR HAWA FARHANI DAN NUR BASIRAH.
XOXO.
 nak ibu sambung lagi tak? 😎