Tuesday 7 July 2015

Bersalin Dimana? Bersalin Dimana?

Assalamualaikum ♥
Alhamdulillah, Syukur, akhirnya tiba jugak kita di penghujung Ramadan, ALLAHU, dalam tak sedar kita dah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Moga - moga ALLAH izinkan kite bertemu lagi dengan Ramadan tahun hadapan. Amin.
Orait, kali ni ak nak share ngan kome - kome mengenai nak bersalin di mana. Hoho, untuk pengetahuan korang aku dah masuk 8 bulan mengandung, dan bulan depan In Sya ALLAH, bulan depan dapatlah jumpa baby dalam tummy ni. #DOAKANSAYA
Dalam masa terdekat ni aku ada usha2 hospital yang terbaik untuk bersalin. Antara faktor utama yang suami dan aku menitik beratkan adalah "Bidan". Sekarang orang panggil doc je. heehe. Kami suami isteri nakkan doc perempuan yang sambut baby pertama kami, *aku tak dapat bayangkan kalau doc lelaki yang sambut, yang chek laluan aku bersalin nanti. SERAMMM! TAK MAAUUU!
Antara hospital pilihan kami, 

1) HUKM


Salah satu hospital half kerajaan dan swasta yang aku usha2 dan berminat. 
Meh aku share sikit kelebihan dan kekurangan hukm ni.
·       Daftar ( buka fail rm 70, scan rm 20 )
·       Bilik utk 2 hari 1 malam
             i.        Rm 850 ( bersalin normal )
            ii.        Rm 2300 ( bersalin secara pembedahan
·       * selesai bersalin dan andai tiada kompilasi apa – apa bayaran akan dipulangkan balik kepada ibu.
·       Sekali chek up RM 20
·       Suami boleh masuk semasa proses bersalin dijalankan
·       Last dokter TAK BOLEH request . huhu.. ni yang membuatkan aku berfikir dua kali.




2) Hospital Pakar Al Zahrah Bangi

Okeh ni salah satu hospital swasta yang berkenan di hati, agak jauh jugak, tapi banyak kelebihan yang membuat hati aku terpaut pada hospital pakar al zahrah ni.  Waktu pendaftaran dari pukul 9 pagi ke 5 petang. Antaranya kelebihan dan kekurangannya adalah :

·       Pakej Umi

                  i.  Untuk 2 hari 1 malam  ( 1 Bilik, 2 Katil )
                  ii. RM 1688
                 iii. Bersalin secara normal, tiada penyakit kronik cth : - kencing manis, darah tinggi semasa mengandung
                  iv.Pendaftaran ( kena booking dlu sebelum datang)
                  v. Chek up rm 100 ke rm 150
                  vi.Syarat lain, mesti kena datang chek up kat al zahrah sekurang – kurangnya dua  kali dan baru lah boleh bersalin di sana.
                    
 * maklumat tambahan harga rm 1688 tu tak fix tau, andai korang ade kompilasi yang memerlukan pertambahan sperti vacuum, epidural dan sebagainya.
                             Semuanya di cas .

·            Bukan pakej
  •                   .     Untuk 2 hari 1 malam ( 1 bilik 1 katil)
  •                         Rm 2500 hingga ke rm 6000
  •                         Pakej ni sama jugak dengan pakej umi cuma, setiap perkhidmatan yang  korang mintak tu akan di cas

Al zahrah ni, dokter BOLEH request  dan suami  TAK BOLEH masuk ketika proses bersalin.



3) KPMC ( KAJANG )

Hospital yang boleh dikatakan dekat jugak dengan rumah aku, Antara kelebihan dan kekuranganya :
  • Pendaftaran ( RM 150 kebawah )
  • pakej 2 hari 1 malam   -   1 BILIK  3 KATIL - RM 1700
  •  1 BILIK 2  KATIL  - RM 1900 
  •   1 BILIK 1 KATIL  - RM 2100  * Semua ni pakej untuk ibu yang bersalin secara normal.
Andai korang kena pembedahan harga kosnya dalam 6k ..




4) HOSPITAL AL ISLAM KG BARU

Yang ni sudah semestinya jauh, tapi kelebihannya pada dokter, semua pakar2 belaka..

antara syaratnya ialah:
  • mesti kne chek up di hospital umra sebanyak dua kali
  • booking rm 1500
  • 1 bilik 4 katil - rm 1799
  • 1 bilik 2 katil - rm 1999
  • 1 bilik 1 katil - rm 2199
  • vacum - 4k
  • epidural - 3k
  • bersalin secara pembedahan 6k hingga ke 7k
  • chek up dalam rm 100 ke rm 200





okeh, ni saja antara hospital yang berkenan di hati dan tengah dipertimbangkan. alhamdulillah my little khalifah dah masuk 32 minggu, Allahu, bulan depan je due weaa.. #DOAKANSAYA

ni maklumat yang aku dapat hasil dari call hospital2 berkenaan, so korang bolehlah google untuk dapatkan lebih maklumat.

 itu saja. ramadan kareem,