Monday 10 August 2015

Tambah Ilmu Di Hujung Minggu ( Kelas Antenatal PUSRAWI KL )

Assalamualaikum ♥
Alhamdulillah. Syukur atas nikmatNya.
Minggu ni, aku dah masuk miggu yang ke 38 pregy. Allahu, sekejap masa berlalu, lagi dua minggu due aku, Moga2 ALLAH permudahkan proses bersalin aku nanti. #DOAKANSAYA.
Kali ni aku nak share ngan korang aktiviti hujung minggu aku ahad lepas, 9/8/2015. Alhamdulillah aku diberi keizinan lagi untuk pergi kelas saat2 dah sarat ni, dalam hati aku\
"Baby, bagi ibu dengan ayah pergi kelas dulu ye, baru baby keluar okeh sayang"
Tu, monolog aku dengan khalifah kecilku, so ibu dia ni dah sedia kalau bby nak kuar selepas kelas, sebabnya ibu dan ayah dah bersedia dengan kehadiaranmu sayang...
Kisahnya dari trimester kedua aku dah berhajat nak pergi, tapi rasa macam terlalu awal, bila dah masuk trimester ketiga ni, barulah berkesempatan nak pergi. Peluang aku dan suami nampaknya, call pusrawi ade lagi kekosongan. Alhamdulillah.
Antara tarikan pusrawi ni adalah selepas berakhirnya kelas ni, peserta akan diberikan sijil penghargaan. heee. nampak pelikkan   ??  nak buat ape dengan sijil tu ??  boleh tunjuk masa pergi interview ke?? Bagi aku, sijil tu sebagai kenang kenangan utk peserta supaya bakal mak dan ayah ni tak lupa yang diaorang pernah pergi kelas antenatal bersama.
Tapi itulah salah satu penyebabnya kenapa aku pilih pusrawi dan selain tu tarikh kelas sangat sesuai untuk aku. Kelas yang dianjurkan hospital lain rata - ratanya dah dekat sangat dengan due aku. Lagi pun yuran kelas RM120 ( SUAMI  & ISTERI ) . Berbaloi dengan ilmu & tiga kali makan yang pihak pusrawi lagi. TQ Pusrawi.
Ni antara yang kami suami isteri dapat, beg dari pusrawi dan hadiah baby, macam- macam adaaaaaa..
Kelasa kami bermula pukul 7.45 habis dalam pukul 5.30 petang, Pagi tu kami sampai lambat, kami terlepas 30 minit awal slot dari ustaz, "Anak Permata Hati". slot ni mengenai cara mendidik menyambut baby, amalan- amalan sunat ibu semasa mengandung, dan macam - macam lagi. Aku teringat kata- kata ustaz, bakal ayah dan ibu tolong jaga pemakanan, jangan makan ditempat yang bukan2 cth: tepi jalan, warung -warung yang tukang masaknya tidak menutup aurat. Ia boleh menyumbang kepada 'syubahah', ia kan memberi kesan kepada anak  yang bakal isteri anda lahirkan. 
Itu antara ilmu baru, dan peringatan buat aku dan korang semua okehh! 
Slot seterusnya mengenai cara carry baby, dan penyusuan setiap pasangan diberikan satu patung dan satu ..... heeee. Tengok la gamba, harap memahami. 




Dalam kepala aku ni dok tertanya - tanya  'Bilakah pengeluaran susu akan berlaku'? Sebelum baby keluar atau selepas baby keluar? dan Alhamdulillah, persoalan aku terjawab jugak.

Kata sister dari pusrawi " Jangan risau, pengeluaran susu akan berlaku selepas baby keluar dari rahim ibu, andai sikit itulah rezeki anak kita dan itulah keperluan anak kita, lagi satu, perut baby yang baru lahir sebesar sebijik guli, so ibu tak perlu risau ye, " 

Tambah sister tu lagi, apa yang ibu perlu buat semasa hamil  bersihkan payuda sahaja dengan menjaganya dengan baik, Jangan basuh dengan sabun takot - takot nanti bahagian nipple akan kering dan pengeluaran susu susah berlaku.

Ilmu baru jugak tu. Take note ya ibu- ibu .

Slot ketiga, mengenai cara bersalin normal dan pembedahan. Allahu, itulah impian aku, Bersalin secara normal. #DOAKANSAYA. Dalam slot ni ilmu yang aku baru tahu mengenai 'focep dan vaccum' doc ade tunjukan depan kami semua fosep dan vaccum tu macam mana dan kegunaan dia, tak terbayang aku macam mana baby yang comey tu ditarik keluar dengan dua benda tu, agak ngeri jugaklaa...

Doc pesan, seboleh - bolehnya bersalinlah normal tanpa ada bantuan dari dua benda ni, sebabnya macam- macam kompilasi yang akan berlaku sekiranya dua benda ni digunakan semasa proses kelahiran. So ibu - ibu sebelum bersalin persiapkan diri anda ya. *pesanan untuk diri aku jugak tu. heeehe

Slot seterusnya dari cryocord. Cryocord ni sebuah pusat yang menyimpan darah tali pusat kita. *aku baru tahu wea.* Kepentingan menyimpan darah tali pusat ni berguna kepada pesakit kronik cthnya : pesakit strok. ia sangat berguna katanya. tapi kalau nak letak darah tali pusat ni kite kena bayar la pulakkk.

Next, layan gambar dulu yeeee..





slot seterusnya, senaman, masa ni semua pasangan akan buat senaman yang di ajar oleh penasihat fisio pusrawi, berguna sungguh masa ni lah nak buat permintaan kat suami aku, hehe. 






muka teruja nak buat, tapi segan . hehe. slot kedua akhir adalah cara memandikan baby dan cara bedung baby, dalam kepala aku .,.. "oooohh macam tu rupanyaaa" .Al maklumlah banyak benda baru yang aku belajar, aku takde kakak yang boleh aku tanya secara details. Tanya mama pulak, mama ingat - ingat lupa. hehe sebab dah lama tak beranak katanyaaa.. 

Slot terakhir, semua pasangan dibawa tengok bilik bersalin dan wad selepas bersalin. kat pusrawi setiap ibu diberikan satu bilik, so xde ganggu ibu lain nk bersalin, aurat pun terjaga. 


 Ni contoh bilik bersalin, macam- macam ada wea. dinding depan tu ada satu plat "LA ILA HAILLALLAH" ia sangat berguna kepada ibu yang tengah nak bertempur utk bersalin tu, terpandang je kalimah tu boleh terus boleh zikir. Lagi satu, hospital pusrawi ada menyediakan Al Quaran & sejadah, so dalam masa tengah sakit kontraksi tu ibu boleh la baca Quran. Baguskan macam tu.

Akhir kalam, aku nak ucapkan terima kasih kepada AJK kelas antenatal pusrawi yang telah menyediakan kelengkapan kelas kami dengan sempurnanya. Makanan yang disediakan pun sedap, kelas dalam bulan raya lagikan, menu pun kena dengan tema. hehe. Sesiapa yang berminat nak bersalin di pusrawi boleh call terus ke hospital ya. ni antara pakej yang ditawarkan di pusrawi.



Terima Kasih jugak kepada suamiku, mr MFO, bersyukur aku pergi dengan dia, sebabnya, suami aku ni suka duduk depan. haha. ilmu pun cepat dapat, nak tengok slide pun jelas, hehe. tq sayang, ajarkan saya satu pengalaman baru. Itu saja pengalaman aku, harap - harap bermanfaat buat bakal ibu ibu sekalian. 


Kami dah berjaya pergi Kelas Antenatal. TQ PUSRAWI KL



Sunday 2 August 2015

Assalamualaikum ♥

SELAMAT HARI RAYA SEMUAA! 

Alhamdulillah, raya tahun ni ohsem! sebabnya dapat beraya dengan insan tersayang. #cewah2. 
Raya pertama tahun ni dapat jugak aku ngan family solat sunat hari raya di Masjid BTHO, SubhanALLAH, sangat teruja. Seingat aku dah lama tak pergi sembahyang raya ni, asyik miss je. #syukur.

Next selepas solat, kami 1 family bergerak ke Batu Pahat, Johor, kampung mama, selalu setiap tahun balik mesti akan ziarah atok, tapi tahun ni, pertama kali mama dan makcik2 dan pakcik2 aku beraya tanpa ayah di sisi, hakikatnya memang sedih tapi hidup mesti diteruskan dan redha dengan ketentuan Ilahi. 

Sampai di rumah maklong, perkara pertama mesti maklong akan menjamu kami makan, yummmy! raya ni aku naik 4 kilo wea! mau x naik, lauk sedap - sedap, Lagi2 kuah kacang mama, makan dengan lemang. ya Allah, sedapnyaaaaaaaaaaa...

Selesai makan, nah bergambarlah kitaaaa...



One Family at Home!


Haruslah bergamba dengan bidadari I. #muahciked!


Bersama adik gua yang makin remaja, 

dan akhir sekali dengan buah hati halal lagi toyibbba. hehhe


Inilah kisah raya aku pada tahun ni, tak semeriah macam tahun tahun lepas, tahun2 yang lepas ada sepupu sepapat yang satu kepala , kami semua akan berkumpul dan beraya bersama. itulah satu nikmat yang agak sukar untuk dikembalikan, berbeza tahun ni, beraya dengan suami, nak gelak besar2 pon dengan suami jelah. Sepupu sepapat aku yang lain masing masing dah kerja, dah ada family, pandai pandailah bawak diri. 


Orait, itu je nk share ngan korang, merepek merapu dah ni, Jangan lupa doakan aku agar mudah untuk bersalin. Al maklumlah dan masuk bulan 8 ni, kira aku dan mula untuk menghitung hari je. Berdebar seh!

#DOAKANSAYA