Sunday 2 August 2015

Assalamualaikum ♥

SELAMAT HARI RAYA SEMUAA! 

Alhamdulillah, raya tahun ni ohsem! sebabnya dapat beraya dengan insan tersayang. #cewah2. 
Raya pertama tahun ni dapat jugak aku ngan family solat sunat hari raya di Masjid BTHO, SubhanALLAH, sangat teruja. Seingat aku dah lama tak pergi sembahyang raya ni, asyik miss je. #syukur.

Next selepas solat, kami 1 family bergerak ke Batu Pahat, Johor, kampung mama, selalu setiap tahun balik mesti akan ziarah atok, tapi tahun ni, pertama kali mama dan makcik2 dan pakcik2 aku beraya tanpa ayah di sisi, hakikatnya memang sedih tapi hidup mesti diteruskan dan redha dengan ketentuan Ilahi. 

Sampai di rumah maklong, perkara pertama mesti maklong akan menjamu kami makan, yummmy! raya ni aku naik 4 kilo wea! mau x naik, lauk sedap - sedap, Lagi2 kuah kacang mama, makan dengan lemang. ya Allah, sedapnyaaaaaaaaaaa...

Selesai makan, nah bergambarlah kitaaaa...



One Family at Home!


Haruslah bergamba dengan bidadari I. #muahciked!


Bersama adik gua yang makin remaja, 

dan akhir sekali dengan buah hati halal lagi toyibbba. hehhe


Inilah kisah raya aku pada tahun ni, tak semeriah macam tahun tahun lepas, tahun2 yang lepas ada sepupu sepapat yang satu kepala , kami semua akan berkumpul dan beraya bersama. itulah satu nikmat yang agak sukar untuk dikembalikan, berbeza tahun ni, beraya dengan suami, nak gelak besar2 pon dengan suami jelah. Sepupu sepapat aku yang lain masing masing dah kerja, dah ada family, pandai pandailah bawak diri. 


Orait, itu je nk share ngan korang, merepek merapu dah ni, Jangan lupa doakan aku agar mudah untuk bersalin. Al maklumlah dan masuk bulan 8 ni, kira aku dan mula untuk menghitung hari je. Berdebar seh!

#DOAKANSAYA


No comments:

Post a Comment