Sunday 22 November 2015

Selesai 44 Hari.

Assalamualaikum ♥

Syukur, Terima Kasih ya Rabb, Tarik nafas... HEMBUSSSSS.. akhirnya 44 hari aku sudah berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah. Banyak perkara yang aku belajar dalam tempoh berpatang. Ada yang baik ada jugak yang kurang baik untuk di ikuti. 

Selama aku berpantang ni, aku berpeluang dijaga oleh insan - insan yang sudah nyata berpengalaman menjaga orang pantang. Antaranya mak mertuaku  shot cut orang panggil ( MIL – Mother  In Law ) . Auuw!. Opah aku sendiri dan my lovely bidadari.

Hari pertama berpantang aku diurut oleh akak urut. Selalunya kalau sebut orang urut lepas bersalin ni mesti dalam gambaran korang mesti wanita yang dah berusiakan. Rezeki aku, dapat akak urut yang masih 30 an lagi. Alhamdulillah. Masih gojes laaa… akak zaliza ada buat servis urut selepas bersalin dan urut sebelum bersalin, so korang yang berminat nak urut boleh la call akak zaliza ni…

Okeh, antara pengalaman berpantang dengan (MIL) , tidur tak boleh mengereng, kene tidur telenteng je, makan kena on time, jangan angkat benda berat dalam tempoh berpantang, jangan menyusukan baby sambil baring takut baby lemas…

Dengan opah pulak, jangan tidur dengan suami, nanti urat tegang, jangan makan pau, sebab ade yis nanti angin, jangan keluar rumah nti bentan, jangan minum air banyak nti ‘bawah’ tu berair…

Dengan mama, paling sempoi sebabnya masa mama berpantang dulu tak macam aku, mama operation so pantang  mama lain sikit,tapi hakikatnya sama je cuma aku  je banyak sangat diskaun dengan mama. Hehe. Kalau dengan opah n MIL nak diskaun dalam mimpi laa, mama pesan kena patuh cakap opah dan MIL. Hihi

Berpatang ni bagi aku yang baru pertama kali sangat tenang, sebabnya masa ni aku nak belajar sesuaikan diri dengan insan baru, keadaan baru, suasana baru yang kena bangun malam susukan baby.

Pada mulanya ada jugak saat2 stress. Al maklumlah, diri sendiri dah biasa buat keje tapi dalam pantang tak boleh buat so lain macam la ‘rasa’ dia. Dalam tempoh berpantang banyak benda yang tak boleh buat, duduk bersila, makan sedap, (tutup mata jela bila adik aku makan ayam) , baca quran ( dah terbiasa baca setiap hari bila masuk kelas) tak boleh minum air sejuk. Erghh …. Tapi itu semua ada kebaikkan kepada aku, ada hikmahnya…. So bila dah lama2 aku positifkan diri dan melalui 44 hari itu dengan tenang…

Antara rutin harian aku masa berpantang, mandi pagi  ( air daun serai wangi dan daun2 yang khas ), siap mandi sapu krim param kat perut , krim pilis kar kepala, next pakai bengkung  ( aku selalu tertukar, bengkung dan barut) hahaaaa.. pastu baru bertungku. Itulah antara rutin 44 hari aku, jiwa kena kuat der..  heheee..

 ni dia krim yang aku kena hadap setiap hari, sampai aku lupa bau minyak wangi aku sendiri. hehe



ni bengkung, ada je yang moden, tapi mak aku dah beli yang ni so lilit je lah. bayangkan aku nak pergi toilet, kena fikir dulu sebelum pergi, hehe sebabnya nak bukak ikatan dan lilitan tu bukan sekejap tau. ;)


okeh itu saja pengalaman aku untuk kali ni, Moga bermanfaat kepada yang membaca, Amin..