Thursday 16 February 2017

2017 TERUSKAN BERMIMPI

Assalamualaikum ♥
Kali ni ambik ruang dan peluang untuk update blog. Syukur Allah izinkan untuk bernafas lagi. 
2k17 menjelma lagi, umur pun makin meningkat. *hai25* ohhhh!

Setiap hari perkara yang berlegar legar dalam fikiran aku ialah, 
    siapa aku 5 tahun akan datang? 
   apa sumbangan aku kepada mama dan abah?



Kadang- kadang tak jumpa jawapan, kadang- kadang semangat dah ada tapi usaha kurang. MasyAllah,doakan aku berjaya ya! dan aku akan doakan korang berjaya di dunia dan akhirat!




Doakan aku! aku dah pergi kelas meroti, tapi belum berjaya buat roti. *nagis*. Doakan aku sentiasa rajin berusaha untuk jadi orang yang BERJAYA dan boleh memberi inspirasi kepada orang lain, TQ semua. 
XOXO.

KUALA TERENGGANU 2016

Assalamualaikum ♥
Hari ni nak kongsi pengalaman dengan korang pasal percutian ke Kuala Terenggu.


percutian kali ni hasil kumpul duit dari awal tahun lagi dan akhirnya kami pilih ke kuala terengganu . #alhamdulillah.

Trip kali ni awalnya kami tiga beranak je. Suami, Isteri, Hawa, tapi last minit mama ngan adik nak join pulak haha. lagipun mama dah lama x terengganu, tu mama nak join sekali. so kami ON jeee.

Perjalanan kami bermula dari pagi lepas subuh, ikut laluan Lebuhraya Pantai Timur, itulah pertama kali aku ikut jalan tu. haaaaa. suami kata jalan dia ngantuk sikit. perghh. Betul - betul ngantuk. heeea. Sampailah jalan ke penghujungnya jumpalah papan tanda "KUALA TERENGGANU" yeaaaaaaa!

Hari pertama sampai kami makan dulu dan balik hotel. Esoknya barulah kami memulakan perjalan ke tumpuan utama di kuala terenggu iaitu TAMAN TAMADUN ISLAM. 



passport ni kegunaannya untuk kunjungan seterusnya, yang pasti dapat harga murah kepada sesiapa yang datang lagi dengan syarat bawak passport yang sama. ^_^. Masa kami sampai sana orang tiket ofer kami untuk naik bot kelilng daerah kuala terengganu. 
*bagi aku naik bot sangat berbaloi sebabnya tour guide dalam bot akan bagi penerangan mengenai apa yang  ada di sekeliling kita. 




Dari dalam bot dapat tengok pemandangan pangkalan orang buat bot, masjid kristal, pulau - pulau kecil, resort tepi pantai. Sangat puas hati. 


selesai naik bot barulah masuk semula ke taman tamadun islam. tengok replika masjid terkenal di dunia.



*belakang suami replika masjid al haram
ada sesetengah bangunan masjid kita boleh masuk, dan ada pameran.
sebelum terlupa, nak jalan- jalan kat taman tamadun islam ni ada di sediakan perkhidmatan basikal dan mini trak untuk memudahkan pengunjung, tapi semua tu perlukan duit. heehee

destinasi seterusnya ke kedai makan, aku panggil kedai celup tepung. sebab semua menunya dicelup dengan tepung. ikan, udang, sotong, *gamba makanan lupa nak snap, sebab lapar sgt terus makan.*

next, kami ke pasar payang. terikat utama di kuala terengganu. port di mana ade jual kain batik, keropok ikan, emas, baju, cenderehati,  tempat wajib yang korang kena pergi tau.

selesai pasar payang kami balik ke hotel, malam tu kami makan steamboat,

hari terakhir kami bersiap2 untuk pulang ke kl. sempat jugak la singgah di chines village, ada lukisan nural boleh la selfieeee!

Oky, sampai sini saja perkongsian aku pasal KUALA TERENGGANU. Kalau korang pergi jgn lupa kopok lekor tau! makan fresh dari kedai sangat ohseemmmm! 

XOXO.