Tuesday 22 September 2015

IBU. ITU AKU

Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH Tuhan semesta Alam.  setelah terlajak due, yang sepatutnya jatuh pada 27/ 8/ 2015 aku di takdirkan oleh Maha Esa untuk bersalin pada 31/ 8/ 2015 iaitu pada Hari Kemerdekaan MALAYSIA. Syukur.

Nyata menjadi seorang ibu itu bukan mudah, nak melalui saat - saat sakit bersalin yang tidak semua wanita melaluinya. alhamdulillah, hajatku untuk bersalin secara normal ALLAH izinkan, Syukur. Sebelum ini aku di momok momokkan dengan 

 " orang dulu - dulu cakap, kalau mak kita operation kita, kita mesti operation jugak " 

Erghhh! itulah yang aku takutkan, tapi dengan usaha dan DOA kepada ALLAH,  nyata sungguh ALLAH itu tidak zalim kepada hambanya. 

In sya ALLAH, akan aku kongsikan pengalaman aku bersalin di HUKM. Tapi sebelum tu layan gamba dulu la...


Ni dia, insan yang berada di rahimku selama 9 bulan 4 hari, ALLAHU  tak terucap dengan kata - kata saat melihat kamu keluar, hanya SYUKUR dan ALHAMDULILLAH dari ibu dan ayah. 

Wahai bidadari ibu dan ayah, saat mu di dalam Rahim ibu, engkau dijaga oleh Tuhan PEMILIK Bumi, iaitu ALLAH, Sekarang ini hawa, di bumi, ibu dan ayah akan jagamu sebaik mungkin dan semampu kami, LOVE U SAYANG!