Sunday 16 September 2018

Bersalin di Andorra Hospital Seri Kembangan PART 1

Assalamualaikum ♥
Alhamdulillah. SYUKUR. Terima Kasih kepada Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
Terima Kasih kepada anda yang singgah blog aku ni. Macam aku katakan entri yang lepas akU akan update pengalaman bersalin pulak. 
21. Jun. 2018 
8 Syawal 1439
Alhamdilillah, aku selamat melahirkan bidadari kecil yang kedua di Andorra Hospital. Pertamanya terima Kasih kepada suami. Yang menaja sepenuhnya kos hospital. Terima Kasih jugak kerana merealisasikan impian ibu untuk bersalin kat hospital yang semuanya perempuan. Tq hubs! 
Docter Lily Fariza,pernah cakap kat kalau nk baby keluar awal kena setkan minda yang baby akan keluar awal. Tarikh 21.6. 2018 tu patutnya aku check up je, tapi doc kata nak check bukaan. Fuh nebesnyaaa. Rupanya bukaan dah 4 cm. Doc kata meh saya bukak lagi. Hehe. Dari situlah pengalaman bersalin bermula. 
Masa ni suami tengah ambil barang- barang ibu kat dalam kereta, ibu pulak berdebar sebab doc kata dah 4 cm, dalam masa yang sama juga doc tanya nak cucuk epidural ke? so ibu pulun tanya kakak- kakak kesayangan ibu, makcik, geng - geng sepupu ibu sakit ke epidural, apa kesannya selepas cucuk. Doc cakap, cucuk epidural ni kurangkan sakit contaction. 
Next, ibu kena check in wad. Dalam hati serius la nak bersalin dah! tapi kenapa tak sakit lagi macam nak bersalinkan hawa dulu?  ligat kepala ni fikir, hehe.
 
Ibu pun masuk wad, yang ayah booking bulan dua dulu. Pada mulanya ayah booking bilik yang ada 4 katil je, lepas tengok bilik tu ayah tanya nurse boleh ke saya nak upgred bilik ke single. kata nurse boleh tapi tunggu kosong dulu. 
Gamba masa ayah kena hantar hawa balik rumah, sebelum balik ayah pesan kat baby, jangan keluar dulu tau baby. heehe.. 



 
Ni view untuk bilik 4 katil, masuk je kawasan wad ibu senyum2, rasa tenang dan masih berfikir betul ke aku nak bersalin ni! haha agak- agak pukul berapa la baby nak keluar ni... 
Dalam masa siap2 tu nurse bagi uniform so kena tuka, ibu sempat solat zohor dan nurse datang nak masukkan ubat keluarkan najis. erhhh... 

oky.... next bersambung....