Monday 22 June 2015

Menu Bulan Ramadan

Assalamualaikum ♥
Alhamdulillah hari ni dah masuk 6 ramadhan. Syukur sangat - sangat sebab Allah izinkan diri ini untuk berpuasa penuh dengan keadaan my darling dalam tummy. TQ sayang, nanti berbuka ibu belanja makanan yang sodap - sodap ye. 
Okeh entri kali ni nak share dengan korang mengenai menu pencuci mulut yang ringkas dan mudah. ewahh. Bulan puasa kali ni tah kenapa aku rajin pulak nak buat kuih, buat pencuci mulut yang mudah. =) . mungkin sebab aku nak makan dan ada permintaan dan harus la yang meminta tu si suami ku. Macam makana utama, aku serahkan dekat mama. sebabnya andai aku masak sudah pastinya tak laku. huhu..
Ni antara menu yang aku cuba buat sepanjang 5 hari puasa ni.
Agar2 santan. umhhh.. pertama kali buat, alhamdulillah tak menghampakan, dan lagi satu tu agar2 milo. ni permintaan cik suami. siap cakap lagi "syg, nti gula tu ganti dengan madu ya." wahh, memang tak la aku nak letak, bukan apa takot tak jadi, dah la first time buat, karang tak jadi nagis ...
Next,
aiskrim vanila oreo, aumm, ni betol2 tekak aku yang nak. hehe. sekali buat manis ya rabb, sebab ter ' over ' susu pekat. yang paling bestnya bila aku tengok dalam peti ais, rupanya dah separuh. adik aku makan ngan mama, hehe. 
Next,




Popia ayam dan ketam bersama cheese . Aummm..


 
Ni lah hasil nya.. Popia ayam je yang sedap. Popia ketam tak syok sangat sebabnya aku ni manusia yang alah dengan seafood, so aku rasa sikit je yang lain suami aku yang perabihhkan. ^_^
Jadi, inilah menu - menu yang aku first time buat dan rasanya boleh la, haha. Alhamdulillah. suami aku selalu pesan, "sayang boleh cuba lagikan, in sya Allah kali kedua mesti lagi sedap ". Gituu. okeh cik suami. 
Korang nak tahu tak, apa yang membuatkan aku nak cuba buat menu - menu ni, di antaranya tadi sebab ada permintaan dan aku sendiri yang nak makan, selain tu jugak, jiwa aku terasa tercabar dengan makcik - makcik yang jual kuih kat bazar tu, haha. Yelah menu senang je, tapi tak boleh buat. So aku cabar diri aku pulak untuk mencuba. Sekurang kurangnya aku dah ada pengalaman so bila orang tanya tak lah aku bengong sangat. Hehee. Antara hikmah lain, aku tahu serba sedikit fungsi -fungsi bahan masakan di dapur, sebagai contoh, masa nak buat aiskrim perlu ada "overlet". Yahh. aku dok google gak, apa fungsi dia. rupanya untuk bagi aiskrim naik gebu dan tak lembik. 
So korang yang jelita di luar sana, jangan malu untuk mencuba makanan yang korang nak makan okeh, ia nya tak merugikan, malah membahagiakan. masak dengan hati, masak with iman. ewahh.
okeh itu saja, lepas ni aku nak mengoogle menu apa pulak untuk hari ni, cayokk girls! 
AKHIR KALAM 
#CIK AMIRUL

Tuesday 16 June 2015

Assalamualaikum ♥
RAMADHAN KAREEM,,,
Alhamdulillah, Allah panjangkan lagi umur kita untuk bertemu dengan ramadhan tahun ni, Syukur.
Moga- moga Allah berikan malam Lailatul Qadar pulak, hee, amin! 
Tahun ini, bermulanya berpuasa bertiga, suami tercinta dan baby dalam tummy . Satu cabaran baru buat aku, tapi aku yakin Allah akan mudahkan, Harap- harap dapatlah aku selesaikan 30 hari ramadan ini dengan jayanya. Cayokkk2 anak ibu! * #DoakanSaya
Semalam aku baru ingatkan anak - anak murid aku mengenai ramadhan, * jangan membazir*, DAN itulah yang aku nak serukan kepada korang semua . Untuk maklumat korang hampir 7.6 juta makanan dibazirkan  dalam satu hari. Bayangkan banyak tuu kita membuang, buang tahi x pe, ni buang makan. masyaALLAH.. jauhkan kami daripada amalan membazir. AMIN! 


AKHIR KALAM
#CIK AMIRUL

Tuesday 2 June 2015

Persediaan Awal Nak Bina Masjid.

Assalamualaikum ♥

Bismillah.. permulaan baharu, hari ni ak nk share something yang mungkin boleh korg buat panduan. Mungkin. 

Persediaan Awal Perkahwinan, teringat masa aku mula2 memasang niat nk kahwin, ak mula simpan duit sikit2, dari sikit - sikit tu la menjadi banyakkan. aku bersyukur sebab banker aku sentiasa back up masa aku x cukup duit, heeee, siapa dia? Haruslah permaisuri hati . my cik timah. 

Bagi aku, persediaan kahwin ni mudah, hang pakai baju kurung tutup aurat, ade suami, ada wali. ada saksi. dokumen sempurna. akad nikah boleh go on. Tapi hakikat sekarang ni, ramai yang membuatkan hubungan halal itu rumit dan menyukarkan. Mana tidaknya, sekarang dah ade bridesmaid, photo booth, photoshot sblum kawen dan bla bla bla.. benda yang bagi aku tak perlu dan tak penting sangat pun . TAPI, kepada sesiapa yang mampu, silakan,, mungkin itu kepuasan bagi sesetengah pihak. Masa walimah aku dulu, xde benda2 tu. heee. hajat memang nak semua2 tu, tapi kemampuan aku masa tu x mampu nk payung benda2 macam gitu. so aku still go on dengan apa yang ada. 

next, selepas kewangan haruslah barang- barang untuk kerja kahwinkan. hantaran, hadiah untuk tetamu, bunga tangan, baju pengantin baju nikah. wah, tak dan aku nk senarai dah, memang banyak, aku nasihatkan kepada bakal - bakal raja sehari buat list, aku dlu hampir ade kertas kosong aku bt kira- kira dan list barang ape x de, barang apa perlu dan tak perlu. so kepala xla serabut manakan.

pengalaman aku dulu, hantaran aku bagi sekali je, masa tunang,. hee. sbbnya senang dan tenang,  sbb apa tenang , masa hari akad nikah atau masa kenduri nanti tak perlu korang risaukan eh mana hantaran lagi, mana dulang tu, eh adoii.. .. haaa, nampak.. serabutkan...  dan sbb apa tenang, bila korang dah bagi masa tunang, korang x perlu cari lagi barang masa akad nikah. Jimat kos der.
* masa aku bertunang, bagi semua, segala baju, makanan, bahulu, minyak wangi, kasut, aku angkut sekali. haha. dan alhamdulillah, masa nikah aku boleh fokus pakai cincin je. ewahh. heee.





Ni contoh hantaran aku, hantaran ni makcik n mama aku yang mengadunkan. ada yang sedara- sedara aku belanja. Alhamdulillah, moga murah rezeki dieorang. 


Antara nasihat aku lagi, kalau korang nak beli baju tunang ke, nikah atau baju khatam quran, beli baju yang korang boleh pakai lagi ye. macam baju tunang aku, baju tu aku dah bawak g konvo, g dinner suami aku. hee. see. xdelah ruginya aku beli, sekali je pakai. membazirkan..






okeh, tu sajalah perkongsian aku kali ni. harap2 dapat tolong korang yang nak kahwin, tapi bajet kurang. apa- apa pon, sandarkan segala benda yang korang buat kepada Maha Agung, dia pemilik hati dan dia tahu apa yang terbaik buat korang semua. Assalamualaikum.