Dalam kepala aku ni dok tertanya - tanya 'Bilakah pengeluaran susu akan berlaku'? Sebelum baby keluar atau selepas baby keluar? dan Alhamdulillah, persoalan aku terjawab jugak.
Kata sister dari pusrawi " Jangan risau, pengeluaran susu akan berlaku selepas baby keluar dari rahim ibu, andai sikit itulah rezeki anak kita dan itulah keperluan anak kita, lagi satu, perut baby yang baru lahir sebesar sebijik guli, so ibu tak perlu risau ye, "
Tambah sister tu lagi, apa yang ibu perlu buat semasa hamil bersihkan payuda sahaja dengan menjaganya dengan baik, Jangan basuh dengan sabun takot - takot nanti bahagian nipple akan kering dan pengeluaran susu susah berlaku.
Ilmu baru jugak tu. Take note ya ibu- ibu .
Slot ketiga, mengenai cara bersalin normal dan pembedahan. Allahu, itulah impian aku, Bersalin secara normal. #DOAKANSAYA. Dalam slot ni ilmu yang aku baru tahu mengenai 'focep dan vaccum' doc ade tunjukan depan kami semua fosep dan vaccum tu macam mana dan kegunaan dia, tak terbayang aku macam mana baby yang comey tu ditarik keluar dengan dua benda tu, agak ngeri jugaklaa...
Doc pesan, seboleh - bolehnya bersalinlah normal tanpa ada bantuan dari dua benda ni, sebabnya macam- macam kompilasi yang akan berlaku sekiranya dua benda ni digunakan semasa proses kelahiran. So ibu - ibu sebelum bersalin persiapkan diri anda ya. *pesanan untuk diri aku jugak tu. heeehe
Slot seterusnya dari cryocord. Cryocord ni sebuah pusat yang menyimpan darah tali pusat kita. *aku baru tahu wea.* Kepentingan menyimpan darah tali pusat ni berguna kepada pesakit kronik cthnya : pesakit strok. ia sangat berguna katanya. tapi kalau nak letak darah tali pusat ni kite kena bayar la pulakkk.
Next, layan gambar dulu yeeee..
slot seterusnya, senaman, masa ni semua pasangan akan buat senaman yang di ajar oleh penasihat fisio pusrawi, berguna sungguh masa ni lah nak buat permintaan kat suami aku, hehe.
muka teruja nak buat, tapi segan . hehe. slot kedua akhir adalah cara memandikan baby dan cara bedung baby, dalam kepala aku .,.. "oooohh macam tu rupanyaaa" .Al maklumlah banyak benda baru yang aku belajar, aku takde kakak yang boleh aku tanya secara details. Tanya mama pulak, mama ingat - ingat lupa. hehe sebab dah lama tak beranak katanyaaa..
Slot terakhir, semua pasangan dibawa tengok bilik bersalin dan wad selepas bersalin. kat pusrawi setiap ibu diberikan satu bilik, so xde ganggu ibu lain nk bersalin, aurat pun terjaga.
Ni contoh bilik bersalin, macam- macam ada wea. dinding depan tu ada satu plat "LA ILA HAILLALLAH" ia sangat berguna kepada ibu yang tengah nak bertempur utk bersalin tu, terpandang je kalimah tu boleh terus boleh zikir. Lagi satu, hospital pusrawi ada menyediakan Al Quaran & sejadah, so dalam masa tengah sakit kontraksi tu ibu boleh la baca Quran. Baguskan macam tu.
Akhir kalam, aku nak ucapkan terima kasih kepada AJK kelas antenatal pusrawi yang telah menyediakan kelengkapan kelas kami dengan sempurnanya. Makanan yang disediakan pun sedap, kelas dalam bulan raya lagikan, menu pun kena dengan tema. hehe. Sesiapa yang berminat nak bersalin di pusrawi boleh call terus ke hospital ya. ni antara pakej yang ditawarkan di pusrawi.
Terima Kasih jugak kepada suamiku, mr MFO, bersyukur aku pergi dengan dia, sebabnya, suami aku ni suka duduk depan. haha. ilmu pun cepat dapat, nak tengok slide pun jelas, hehe. tq sayang, ajarkan saya satu pengalaman baru. Itu saja pengalaman aku, harap - harap bermanfaat buat bakal ibu ibu sekalian.
Kami dah berjaya pergi Kelas Antenatal. TQ PUSRAWI KL
No comments:
Post a Comment