Sunday 3 February 2019

Insan - insan hebat di Andorra Hospital

Assalamualaikum ♥
Alhamdulillah syukur, atas nikmat yang Allah bagi hari ni.
Hari ini rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman yang indah di Andorra Hospital. 
Insan pertama ialah Doctor Lily Fariza


Ibu nak doakan seluruh doktor yang berkhidmat untuk masyarakat dan kerana Allah di murahkan rezeki dan di rahmati Allah hendaknya. 

Syukur di temukan dengan doctor yang baik, memberi nasihat kepada pesakit, menyantuni staf stafnya dengan baik

Umur doctor lily sebaya abah ibu, lumrah seorang doctor masanya banyak di hospital, Terima Kasih doctor dan team Andorra kerana telah menginfakkan diri untuk wanita. Moga Allah membalasnya dengan sebaik balasan di dunia dan di akhirat❤❤❤

Insan ke dua
Makyam.

Salah satu keistimewaan Andorra, pihak hospital sediakan seorang perunding penyusuan. mula- mula makyam datang rasa pelik, siapa pulak mak bidan ni. hee. rupanya tugas dia adalah memberi maklumat dan ilmu kepada ibu- ibu yang nak bersalin untuk memulakan penyusuan secara eksklusif. selain itu makyam jugak akan bacakan doa untuk mudah bersalin dan bacakan doa anak yang soleh dan solehah. rasa tenang je. 

Selesai bersalin basirah esoknya dia meronda lagi dan check susu ibu keluar ke tidak, kalau tak ada dia akan bantu ibu- ibu untuk menyusukan anak buat kali pertama. Alhamdulillah, pengalaman menyusukan hawa yang lalu membantu ibu untuk menyusukan Basirah buat kali pertama.  

Tengok gaya makyam agak- agak berapa umur dia? hehe. sihat lagi bertenanga tau makyam ni. Mak yam ada cakap, kalau Allah nak ambik nyawa makyam, biarlah dalam makyam dalam keadaan makyam melalukan ibadat. Amin!  


Yang seterusnya jururawat dan staf - staf Andorra bermula dari sambut depan pintu sampai keluar wad. Syukur alhamdulillah. layanan yang sangat baik. Saya doakan bakal ibu - ibu yang nak bersalin dan berkempuan lebih, saya cadangkan pilihlah Andorra Hospital. 
 Ucapan Terima Kasih juga kepada suami tercinta kerana memberi peluang untuk isterinya bersalin di sini. Tq Hubs!❤

SEKIAN. 
Moga entri kali ini memberi manfaat kepada anda yang membacanya. 

XOXO
IBU HAWA & BASIRAH

No comments:

Post a Comment